NAMA SYARIKAT
HAWAII BAKERY & FOOD INDUSTRIES (M) SDN BHD
NO SYARIKAT
201423 - U
PRODUK UTAMA
Syarikat mengkhususkan dalam pembuatan sandwich, wholemeal dan flavoured slide bread, juga terdapat roti manis pelbagai rasa (sweet buns and rolls) dan kek pelbagai jenis serta jam dan kaya. Semua produk yang dikeluarkan akan dibungkus dan dipasarkan kepada pasaraya-pasaraya besar, pasaraya mini, hotel, kafetaria dan kedai-kedai runcit. Produk kami juga telah di eksport ke luar negara iaitu di Singapura. Selain itu, syarikat juga terlibat dalam kontrak label pembuatan peribadi untuk syarikat antarabangsa dan pelanggan institusi.
SEJARAH SYARIKAT & RANCANGAN MASA DEPAN
Hawaii bakery mula beroperasi pada tahun 1984 bermula dengan perniagaan kecil-kecilan di Johor Bharu yang hanya mempunyai 12 orang pekerja sahaja. Pada peringkat awal operasi, kilang menghasilkan hanya 200kilo roti pada setiap hari dan mempunyai hanya 10 jenis produk.Pada awal 1990, kedai roti dipindahkan ke satu hektar kawasan di Sungai Rengit, Johor. Hawaii Bakery telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat swasta pada 24 Julai 1990 sejajar dengan perancangan pada masa hadapan. Pengurusan syarikat juga telah diorganisasikan semula pada tahun 2000 dengan lebih memfokuskan kepada pengurusan yang efektif, kilang berautomasi, peningkatan kualiti dalam pengeluaran produk, standard kawalan kualiti yang ketat, pengurusan hasil jualan, pengkomputeran dan peningkatan penggunaan teknologi maklumat bagi meningkatkan lagi produktiviti syarikat. Pada masa kini, syarikat telah mempunyai pelbagai mesin untuk proses pengeluaran dan diuruskan oleh pekerja-pekerja mahir lagi terlatih. Sehingga kini, kilang mampu memasarkan produk 17 tan sehari, bukan sahaja pasaran dalam negara malahan ke pasaran luar negara. Jenis produk juga telah ditingkatkan kepada 64 jenis produk berbanding dengan 10 jenis sahaja pada peringkat permulaan kilang beroperasi. Kini syarikat kami telah mempunyai kilang kedua yang terletak di Kuantan bagi membantu dan meningkatkan lagi produktiviti sejajar dengan matlamat untuk menjadikan syarikat yang lebih maju. Syarikat kami telah mensasarkan untuk menjadi sebuah syarikat pengeluaran roti yang terkemuka di Malaysia dan memperluaskan pasaran ke kawasan seluruh ASEAN, termasuk China dalam jangka masa waktu yang terdekat ini.
PERKHIDMATAN JUALAN
Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan cekap adalah keunggulan syarikat disamping memfokuskan piawaian seperti berikut :-
- Penghantaran produk segar mengikut masa yang ditetapkan kepada pelanggan.
- Jaminan produk berkualiti serta halal dan memenuhi kepuasan pelanggan.
- Menepati citarasa pelanggan.
- Kontrak perkilangan menggunakan label peribadi.